Apakah itu Pendidikan?
Pendidikan ialah satu proses berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu meliputi perkara seperti aktiviti, perancangan, pengelolaan, bimbingan dan penilaian.
Apakah itu Metodologi?
Metodologi ialah sistem yang mengandungi prinsip, sukatan, strategi, kaedah dan teknik dan sebagainya yang digunakan oleh rasulullah.
Pada zaman Rasulullah :
1- Prinsip yang dipegang oleh baginda dimulakan dengan perkara yang mudah sehingga perkara yang susah.
2- Sukatan penyebaran ilmu pada zaman rasulullah berlandaskan wahyu yang diterima baginda, kitab Al-Quran dan hadis.
3- Kaedah yang digunakan baginda bermula dengan dialog @ perbualan, kemudian diteruskan dengan kuliah atau khutbah.
Antara kaedah yang digunakan:
> mushafahah
> talaqi
> soal jawab
> perbincangan
> tikrar @ latih tubi
4- Strategi Rasulullah ialah bermula dengan keluarga terdekat kemudian kepada masyarakat iaitu bermula secara beransur-ansur dan berperingkat iaitu secara sulit dan secara terang-terangan
5- Modul utama yang digunakan sebagai sumber rujukan baginda ialah Al-Quran.
No comments:
Post a Comment