Friday, August 10, 2018

Rancangan Pengajaran Harian 10


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


NAMA GURU
: Syahira bt Ahmad Zulkifli
MATAPELAJARAN
: Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Abu Bakar
TARIKH
: 8 Ogos 2018
MASA
: 2.30 – 3.30 petang
BILANGAN MURID
: 21/21
TAJUK
: Sifat Jaiz (Harus) Pada Allah SWT
KEMAHIRAN
: menulis, membaca, mendengar, menghafaz
KAEDAH
: syarahan, perbualan, bercerita
PENGETAHUAN SEDIA ADA
:1) Pelajar telah belajar 20 Sifat Wajib bagi Allah
 2) Pelajar telah belajar 20 Sifat Mustahil Atas Allah
HASIL PEMBELAJARAN
: 1- Pelajar dapat menulis maksud sifat Jaiz
  2- Pelajar dapat menyebut maksud sifat Jaiz
KEMAHIRAN BERFIKIR
: membuat perkaitan, merumus, menganalisis
PENERAPAN NILAI
:khusyuk, taat, rajin, berdisiplin
BAHAN
: video, LCD, buku teks.




MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش   علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set Induksi
(3minit)
-Menayangkan video upin dan ipin membantu menorah getah
- menimbulkan persoalan
-membuat perkaitan video dengan tajuk belajar
- mengulangkaji sifat yang telah dipelajari
-Guru menayangkan video upin dan ipin yang membantu opah menorah getah di lading getah apek
-Guru bertanya soalan kepada pelajar.
1) Apakah video yang telah ditayangkan tadi?
Cadangan jawapan:
a)video upin ipin menolong orang
b) upin ipin dapat upah
-Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini.
1) Apakah kaitan video ini dengan tajuk yang akan diajar?
Cadangan jawapan:
a)Menolong orang akan mendapat ganjaran
Nilai:
-khusyuk
- teliti

BBM:
-LCD
-Video

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
- menjawab

Strategi:
Berpusatkan bahan media
Langkah 1
(8 minit)
Menerangkan maksud sifat Jaiz.

“Jaiz” – Harus: Harus Allah menjadikan sesuatu atau tidak menjadikan sesuatu

- menunjukkan beberapa kad gambar:
1) orang menolong orang
2) membaca Al- Quran
3) mencuri
4) memukul binatang
- kaitkan dengan ganjaran pahala
- Guru menerangkan maksud sifat Jaiz pada Allah  
- Guru mengaitkan dengan video permulaan tadi yang mana dari sudut pandangan kasar apabila seseorang menolong seseorang yang lain mereka akan diberi hadiah atau ganjaran, tetapi bagi Allah bagi mereka yang membuat kebaikan akan mendapat ganjaran pahala dan harus bagi Allah untuk menunaikan janjinya atau tidak menunaikan janjinya.
- Guru juga menerangkan kad gambar yang mana perbuatan baik dan perbuatan tidak baik.
Nilai:
-khusyuk
- taat

Teknik:
- syarahan
- perbualan

 Kemahiran berfikir:
-menganalisis
Strategi : Berpusatkan guru
Berpusatkan bahan
Langkah 2
( 6 minit)
1) Menerangkan Harus Allah menjadikan atau tidak menjadikan sesuatu, Allah juga harus mewujudkan sesuatu dan meniadakan sesuatu apabila telah diputuskan
5) Menekankan tentang hukum beriman dengan sifat Allah
-Guru menerangkan Allah bersifat Harus menjadikan atau tidak menjadikan sesuatu dengan kekuasaaNya dan Allah harus mewujudkan sesuatu atau meniadakan sesuatu apabila dikehendakinya.
- Guru memberitahu kita wajib beriman bahawa Allah bersifat harus.
Nilai:
-khusyuk
-taat
-mendengar

Teknik:
-syarahan
-berdialog 
-bercerita


Langkah 3
(6 minit)


Pengulangan pelajaran
-maksud Allah bersifat Jaiz (Harus)
- menyoal pelajar maksud sifat harus Allah berserta contoh

-Guru membuat pengulangan berkaitan makna Allah bersifat Harus -Guru menyoal 2 orang pelajar maksud sifat harus Allah
- Guru meminta pelajar memberikan contoh sifat harus Allah mengikut kefahaman mereka.
Nilai:
-berani
-taat

Teknik:
-pengulangan
- soal jawab


Penutup
(5 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
- membuat rumusan
-memberi latihan daripada buku teks
-Guru menekankan tentang perlu memahami sifat harus Allah
- Guru memberi latihan dalam buku teks halaman 70 dan 71
Nilai:
-rajin
-taat

BBM:
-Buku teks


Refleksi:

Saya bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan baik dan para pelajar memberikan tumpuan dan perhatian terutama apabila mereka mendengar cerita tentang balasan pahala. Saya berharap kaedah yang saya guna ini membantu dalam pembelajaran pelajar dan mereka seronok untuk belajar.

Ulasan Pensyarah:





Ulasan Guru Pembimbing:





No comments:

Post a Comment

Rancangan Pengajaran Harian 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN NAMA GURU : Syahira bt Ahmad Zulkifli MATAPELAJARAN : Tauhid Darjah ...