RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA GURU
|
: Syahira bt Ahmad Zulkifli
|
MATAPELAJARAN
|
: Tauhid Darjah 2
|
KELAS
|
: 2 Abu Bakar
|
TARIKH
|
: 23 Julai 2018
|
MASA
|
: 2.30 – 3.30 petang
|
BILANGAN MURID
|
: 21/21
|
TAJUK
|
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT:
1.11 Al-Sama’
1.12 Al- Basar
1.13 Al- Kalam
|
KEMAHIRAN
|
: mendengar, membaca, menulis
|
KAEDAH
|
: syarahan, perbualan, lakonan, bercerita
|
PENGETAHUAN SEDIA ADA
|
: 1) Pelajar telah belajar Allah bersifat Al-Wujud, Al Qidam, Al-
Baqa’, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al-
Wahdaniah.
3) Pelajar telah belajar Allah besifat Al-Qudrat, Al-Iradat,
Al-Ilmun dan Al-Hayat.
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
: 1- Pelajar dapat menulis maksud ketiga-tiga sifat wajib bagi
Allah
2- Pelajar dapat menyebut maksud ketiga-tiga sifat wajib bagi
Allah yang telah dipelajari
3- Pelajar dapat menulis kesemua tiga belas sifat wajib bagi
Allah yang telah dipelajari
|
KEMAHIRAN BERFIKIR
|
: membuat perkaitan, menganalisis, merumus
|
PENERAPAN NILAI
|
: taat, khusyuk , berdisiplin, bekerjasama
|
BAHAN
|
: Video, LCD, pembesar suara, kertas latihan
|
MASA/ LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa “ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر
علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua
pelajar mengaminkan
|
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
|
Set Induksi
(3minit)
|
-Menayangkan video kepada pelajar
-Menimbulkan persoalan
-Membuat perkaitan tentang manusia dikurniakan telinga, mata dan
mulut
-Mengulangkaji pelajaran melalui nyanyian
|
-Guru menayangkan video lagu “anggota
badan” dalam Bahasa Arab
-Guru bertanya kepada pelajar
1) Apakah video yang telah ditayangkan tadi?
-Cadangan jawapan:
a) anggota badan
2) Apakah kaitan video tadi dengan pelajaran hari ini
-Cadangan jawapan:
a) Sifat wajib Allah, Maha Mendengar, Melihat dan Berkata-kata
- Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini Allah bersifat
Al-Sama’. Al-Basar dan Al-Kalam
- Guru mengulang kaji 10 sifat wajib bagi Allah
|
Nilai:
-khusyuk
-fokus
BBM:
-LCD
-pembesar suara
Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
- menganalisis
Strategi:
Berpusatkan bahan dan media
|
Langkah 1
(8 minit)
|
Menerangkan maksud Al-Sama’. Al-Basar dan Al-Kalam:
“Al-Sama” - Mendengar: Maha suci Allah yang Maha Mendengar tanpa
menggunakan telinga atau alat pendengar.
“Al-Basar” – Melihat: Maha suci Allah yang Maha Melihat tanpa
mata, teropong, mikroskop dan sebagainya.
“Al-Kalam” – Berkata-kata: Maha suci Allah yang Maha Berkata-kata
tanpa mengeluarkan lafaz seperi bunyi dan suara.
- menayangkan video dan membuat analisis
|
- Guru menerangkan maksud Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam.
- Guru menayangkan video manusia pelbagai kaum yang boleh bertutur
bermacam-macam jenis bahasa dan video pembedahan mata.
-Guru menerangkan bahawa sifat Kalam Allah berbeza dengan manusia
walaupun manusia memilik kebolehan menguasai pelbagai bahasa dan bukti Allah
itu berkata-kata adalah Al-Quran.
- Guru menerangkan bagaimana manusia memerlukan mata untuk
melihat berbeza dengan sifat Al-Basar Allah yang tidak memerlukan bantuan
apa-apa untuk melihat
|
Nilai:
-taat
-fokus
Teknik:
- perbualan
- bercerita
BBM:
-video
Kemahiran berfikir:
-menganalisis
-membuat perkaitan
-menyoal
Strategi : Berpusatkan guru
Berpusatkan bahan
|
Langkah 2
( 6 minit)
|
1)Menerangkan Allah Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha
berkata-kata
3) Membuat perbandingan sifat Al- Basar Allah dengan penglihatan
manusia.
4) Membuat persoalan tentang lebih kurang 6000 bahasa yang dituturkan penduduk dunia
tetapi semuanya difahami Allah
5) Memberikan jawapan serta menekankan hukum beriman bahawa Allah
bersifat dengan sifat Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam.
|
-Guru menerangkan Allah mendengar segala sesuatu dan setiap
percakapan manusia didengar oleh Allah dalam apa jua keadaan di dunia mahupun
diakhirat. Allah juga melihat setiap perbuatan hambanya sejak dari Nabi Adam
lagi dan Al-Quran yang selalu dibaca itu adalah kalam Allah yang agung.
-Guru membandingkan penglihatan manusia terbatas berdasarkan
tahap serta bagi melihat benda jauh manusia memerlukan bantuan teknologi
sedangkan Allah sentiasa mengetahui dan melihat apa yang manusia lakukan.
- Guru membuat persoalan:
“6000 bahasa yang dituturkan oleh penduduk di dunia boleh
didengari dan difahami oleh Allah yang maha kuasa.
- Guru memberitahu kita wajib beriman bahawa Allah bersifat
dengan sifat Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam
|
Nilai:
-taat
-patuh
-sopan
Teknik:
-bercerita
-berdialog
Kemahiran berfikir:
-membuat perkaitan
-menganalisis
-merumus
Strategi:
Berpusatkan guru
|
Langkah 3
(6 minit)
|
Pengulangan pelajaran
-maksud Allah bersifat dengan sifat Al-Sama’, Al-Basar, Al-Kalam
- membuat aktiviti “lakonan”
- membuat nilai dan pengajaran
|
-Guru membuat pengulangan berkaitan makna Al- Sama’, Al-Basar dan
Al-Kalam
-Guru menyoal 3 orang pelajar tentang maksud Allah bersifat
Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam.
-Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan, kemudian setiap kumpulan
perlu melakukan situasi-situasi tertentu:
1- situasi orang buta
2- situasi orang pekak
3- situasi orang bisu
4- situasi orang kurang upaya
-Guru menerangkan nilai dan pengajaran dari lakonan tersebut
|
Nilai:
-berani
-taat
-kerjasama
Teknik:
-pengulangan
-lakonan
BBM:
-situasi lakonan
Strategi:
-Berpusatkan murid
|
Penutup
(5 minit)
|
Pengukuhan dan penilaian dibuat
-memberi kertas latihan
|
-Guru memberi kertas latihan padanan sifat wajib Allah dengan
maksudnya kepada setiap murid
- Guru menyemak kerja pelajar
|
Nilai:
-rajin
-patuh
BBM:
Kertas latihan
|
Refleksi:
Saya berasa sangat gembira kerana
kelas pada hari ini berlangsung dalam suasana yang baik dan gembira. Saya dapat
melihat pelajar berasa seronok belajar terutama semasa aktiviti kumpulan. Maka
dengan itu saya akan memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan kumpulan supaya
semua pelajar akan aktif dan tidak mengantuk di dalam kelas.
Ulasan
Pensyarah
Ulasan Guru
Pembimbing
No comments:
Post a Comment