RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
|
NAMA GURU
|
: Syahira bt Ahmad Zulkifli
|
|
MATAPELAJARAN
|
: Tauhid Darjah 2
|
|
KELAS
|
: 2 Abu Bakar
|
|
TARIKH
|
: 6 Ogos 2018
|
|
MASA
|
: 2.30 – 3.30 petang
|
|
BILANGAN MURID
|
: 21/21
|
|
TAJUK
|
: Sifat-sifat Yang Mustahil Atas Allah SWT:
2.1 Sifat Mustahil Atas Allah
2.2 Sifat-sifat Mustahil Atas Allah.
|
|
KEMAHIRAN
|
: membaca, menulis, menaakul
|
|
KAEDAH
|
: syarahan, perbualan, permainan
|
|
PENGETAHUAN SEDIA ADA
|
: 1) Pelajar telah belajar 20 Sifat Wajib bagi Allah
|
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
: 1- Pelajar dapat menulis maksud 20 Sifat Mustahil Atas Allah.
2- Pelajar dapat menyebut maksud 20 Sifat Mustahil Atas Allah.
3- Pelajar dapat menulis kesemua dua puluh sifat mustahil atas
Allah.
|
|
KEMAHIRAN BERFIKIR
|
: membuat perkaitan, merumus, menganalisis
|
|
PENERAPAN NILAI
|
:khusyuk, taat, rajin, berusaha
|
|
BAHAN
|
: video, LCD, kotak
beracun, kertas latihan
|
|
MASA/ LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa “ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua
pelajar mengaminkan
|
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
|
|
Set Induksi
(3minit)
|
-Menayangkan video 20 sifat mustahil atas Allah
- menimbulkan persoalan
-membuat perkaitan video dengan tajuk belajar.
|
-Guru menayangkan video 20 Sifat Mustahil
Atas Allah.
-Guru bertanya soalan kepada pelajar.
1) Apakah video yang telah ditayangkan tadi?
Cadangan jawapan:
a) Sifat mustahil Allah
-Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini.
1) Apakah kaitan video ini dengan tajuk yang akan diajar?
Cadangan jawapan:
a) belajar dua puluh sifat mustahil Allah.
|
Nilai:
- fokus
- khusyuk
BBM:
-LCD
-Video
Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
- Menganalisis
Strategi:
Berpusatkan bahan media
|
|
Langkah 1
(8 minit)
|
Menerangkan maksud mustahil Allah:
-Suatu yang tidak layak atas Allah dan itu menunjukkan kelemahan
dan kekurangan.
- Sifat Mustahil Atas Allah ada 20:
“Al- A’dam” – Tiada
“Al- Hudus” – Baharu
“Al- Fana’ ” – Binasa
“Mumatsalatu Lil Hawaditsi” – Bersamaan dengan yang baharu
“ Ihtiyajuhu Ila’ Ghairihi” – Berhajat kepada yang lain
“Al- Ta’adud” – Berbilang- bilang
“Al- A’jzu” - Lemah
“Al- Karahah” – Digagahi
“Al- Jahlun” – Bodoh
“Al- Bukmun” – Bisu
“Al- Somamun” – Tuli
“Al- U’mi” – Buta
“Al- Mautun” – Mati
“Kaunuhu A’jizan” – keadaan lemah
“Kaunuhu Karihah” –
Keadaan digagahi
“Kaunuhu Jahilan” – Keadaan bodoh
“Kaunuhu Mayyitan” – Keadaan mati
“ Kaunuhu Asomma” – Keadaan tuli
“ Kaunuhu A’ma – Keadaan buta
“Kaunuhu Abkama” – Keadaan bisu.
|
- Guru menerangkan maksud mustahil atas Allah ialah suatu yang
tidak layak atas Allah dan itu menunjukkan kelemahan dan kekurangan yang mana
sangat berjauhan dengan sifat Allah yang tidak ada kekurangan.
-Guru menerangkan maksud 20 sifat Mustahil Allah berserta
maknanya setiap satu.
1- Mustahil bagi Allah bersifat tiada
2- Mustahil Allah bersifat baharu kerana Allah tidak serupa atau
sama dengan yang baharu.
3- Mustahil bagi Allah bersifat binasa atau tidak kekal.
4- Mustahil Allah bersifat bersamaan dengan baharu kerana Allah
tidak akan sama dengan makhluk ciptaannya.
5- Allah mustahil untuk berhajat kepada yang lain kerana
kekuasaan Allah tidak terjangkau dek fikiran manusia.
6- Mustahil Allah berbilang-bilang kerana Allah itu Esa
7- Mustahil Allah lemah kerana Allah yang menghidupkan dan
mematikan
8- Mustahil Allah tidak berupaya kerana Allah yang berupaya
menciptakan manusia.
9- Mustahil Allah bersifat bodoh kerana Allah Mah Bijaksana
10- Mustahil bagi Allah untuk mati kerana Allah kekal hidup.
|
Nilai:
-khusyuk
- taat
Teknik:
- syarahan
- perbualan
Kemahiran berfikir:
-menyoal
Strategi : Berpusatkan guru
BBM:
-kad tulisan
|
|
Langkah 2
( 6 minit)
|
Sambungan peneranan 10 sifat mustahil atas Allah
|
11- Mustahil Allah bersifat tuli kerana Allah tidak pekak dan
tuli, Allah maha Mendengar.
12- Allah mustahil bersifat buta kerana Allah Maha Melihat
13- Mustahil Allah itu bisu kerana Allah Maha Berkata-kata.
14- Mustahil Allah berkeadan dengan keadaan lemah
15- Mustahil Allah terpaksa untuk menjadikan sesuatu kerana Allah
sifat berkehendak
16- Allah mustahil berkeadaan bodoh kerana Ilmu Allah itu mengatasi segala
ilmu
17- Mustahil bagi Allah berkeadaan
mati kerana Allah kekal hidup
18- Mustahil Allah itu berkeadaan tuli kerana Allah Maha
Mendengar segala sesuatu
19- Allah mustahil berkeadaan buta sedangkan Allah Maha Melihat
20- Mustahil Allah
berkeadaan bisu
|
Nilai:
-taat
-patuh
- khusyuk
Teknik:
-syarahan
-berdialog
Kemahiran berfikir:
- menganalisis
Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
BBM:
-kad tulisan
|
|
Langkah 3
(6 minit)
|
Pengulangan pelajaran
- mengulang kembali sifat mustahil atas Allah berserta maksud
dengan cara nyanyian
-kaedah permainan “ kotak beracun”
-pelajar memberi maksud bagi sifat mustahil yang di terima.
|
-Guru membuat pengulangan berkaitan 20 sifat Mustahil Atas Allah
dengan makna nye menggunakan kaedah nyanyian
- Guru membuat satu permainan kotak beracun:
1) Guru membuka muzik dan kotak beracun bergerak kepada pelajar
2) Apabila lagu dimatikan pelajar yang mendapat kotak beracun
akan mencabut satu kertas daripadanya
3) Pelajar akan memberikan maksud bagi sifat mustahil yang telah
dicabut.
|
Nilai:
-berani
-taat
Teknik:
-pengulangan
- nyanyian
- permainan
Strategi:
-Berpusatkan murid
BBM:
-kotak beracun
- video dan audio lagu
|
|
Penutup
(5 minit)
|
Pengukuhan dan penilaian dibuat
-menyalin jadual daripada buku teks
- menjawab latihan daripada buku teks
|
-Guru meminta pelajar menyalin jadual dalam buku teks di halaman
64 dan 65
-Guru memberi latihan daripada buku teks halaman 57 dan 59
|
Nilai:
- rajin
- taat
- patuh
BBM:
-buku teks
|
Refleksi:
Alhamdulilah, pengajaran hari ini
berjalan dengan baik sekali,, walaupun pada awal pengajaran pelajar kelihatan
sedikit mengantuk kerana terpaksa mendengar sahaja tetapi di akhir pelajaran
pelajar menunjukkan minat apabila saya menggunakan kaedah nyanyian dan bermain
permainan kotak beracun.
Ulasan
Pensyarah:
Ulasan Guru
Pembimbing:
No comments:
Post a Comment