Sunday, August 5, 2018

Rancangan Pengajaran Harian 3


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 


NAMA GURU
: Syahira bt Ahmad Zulkifli
MATAPELAJARAN
: Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Abu Bakar
TARIKH
: 12 Julai 2018
MASA
: 2.30 – 3.30 petang
BILANGAN MURID
: 21/21
TAJUK
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT:
1.7 Al-Qudrat
1.8 Al-Iradat  
KEMAHIRAN
: membaca, menulis, menaakul, menghafaz
KAEDAH
: syarahan, dialog, bercerita
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) pelajar telah belajar Allah bersifat Al-Wujud, Al Qidam dan Al- Baqa’
2) pelajar telah belajar Allah bersifat Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi, Al- Wahdaniah.
HASIL PEMBELAJARAN
: 1- Pelajar dapat menulis maksud kedua-dua sifat wajib bagi Allah
2- Pelajar dapat menyebut maksud kedua-dua sifat wajib bagi Allah yang telah dipelajari
3- Pelajar dapat menulis kesemua lapan sifat wajib bagi Allah yang telah dipelajari
KEMAHIRAN BERFIKIR
: membuat perkaitan, menganalisis, menjawab
PENERAPAN NILAI
: patuh, khusyuk , berdisiplin,
BAHAN
: video, LCD, pembesar suara, kertas sebak, marker


MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set Induksi
(3 minit)
-Menayangkan video “Ejen Ali’”
-Membuat perkaitan tajuk hari ini
*Kuasa pada manusia tidak menandingi kuasa Allah, dan segala kuasa yang ada itu datang daripada Allah SWT, dan cerita tentang kuasa ini adalah rekaan semata-mata.
-Mengulang tajuk yang lepas
* melalui nyanyian yang telah dipelajari pada kelas yang lepas.
-Guru menayangkan video “Ejen Ali”
-Guru bertanya kepada pelajar
1) Apakah yang akan kita pelajari hari ini?
-Cadangan jawapan:
a) kuasa
b) kuat
2) Siapa yang masih ingat 6 sifat Wajib Allah yang telah kamu pelajari?
-Cadangan jawapan:
a) Al-Wujud, Al Qidam, Al- Baqa’ Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi, Al- Wahdaniah
- Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini Allah bersifat Al-Qudrat dan Al-Iradat.
- Guru mengulang kaji 6 sifat wajib bagi Allah
Nilai:
-patuh
-khusyuk
-berdisiplin

BBM:
-LCD
-pembesar suara
-komputer riba

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
- menjawab

Strategi:
Berpusatkan bahan
Langkah 1
(8 minit)
Menerang maksud Al-Qudrat dan Al-Iradat.
“Al-Qudrat” - Berkuasa: Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.

“Al-Iradat” – Berkehendak: Allah mengkehendaki dan menentukan sesuatu perkara atau hal yang berlaku kepada manusia dan lain-lain.

-Guru mempamerkan beberapa gambar manusia melakukan perbuatan:
Gambar 1- seorang budak perempuan menyapu
Gambar 2- pelajar sedang bersukan
Gambar 3- seorang lelaki sedang solat
Gambar 4- pekerja sedang membina bangunan   
- Guru mengaitkan gambar bahawa kuasa manusia ini terbatas dan setiap kehendak manusia itu dapat dicapai mengikut tahap kemampuan diri sendiri.
- Guru menerangkan maksud Al- Qudrat dan Al-Iradat.
Nilai:
-taat
-fokus

Teknik:
- pengulangan
- perbualan
- bercerita
BBM:
Kad bergambar

Strategi : berpusatkan guru
Langkah 2
( 6 minit)
1)Menerangkan Allah berkuasa mengadakan dan meniadakan sesuatu
2)Membuat persoalan bagaimana alam ini wujud dengan kuasa Allah
3)Perbezaan kehendak Allah dengan kehendak manusia
4)Memberikan jawapan serta menekankan hukum beriman bahawa Allah bersifat dengan sifat Al-Qudrat dan Al-Iradat
-Guru menerangkan tiada kuasa lain yang boleh menyuruh atau membantah apabila Allah hendak menjadikan sesuatu.
-Guru bertanya soalan “Bagaimana alam ini wujud dengan kuasa Allah SWT?”
- Cadangan jawapan:
Allah hanya yang berkuasa menjadikan alam ini menciptakan tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang dan makhluk lain.
- Guru menerangkan perbezaan kehendak Allah pasti akan terjadi dan tiada siapa boleh menghalang tetapi kehendak manusia belum pasti akan berlaku pada masanya
- Guru memberitahu kita wajib beriman bahawa Allah bersifat dengan sifat Al- Qudrat dan Al-Iradat.
Nilai:
-taat
-patuh

Teknik:
-bercerita
-syarahan

Kemahiran berfikir:
-membuat perkaitan
-menganalisis

Langkah 3
(6 minit)
Pengulangan pelajaran
-maksud Allah bersifat dengan sifat Al- Qudrat dan Al- Iradat
- bengkel menulis secara berkumpulan

-Guru membuat pengulangan berkaitan makna Al-Qudrat dan Al-Iradat
-Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan
- Guru memberikan arahan pelajar menulis 8 sifat wajib beserta maksudnya yang telah dipelajari dalam bentuk peta minda  
Nilai:
-berani
-baik hati
Teknik:
-menyoal
- perbincangan

BBM:
-Kertas sebak
-marker

Strategi:
-Berpusatkan murid
Penutup
(5 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
-membuat aktiviti di dalam buku teks.
-Guru membuat aktiviti di dalam buku teks halaman 27
-Guru memantau pelajar menjawab soalan

Nilai:
-patuh
-rajin


 Refleksi:
Saya berasa bersyukur kerana pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini berjalan dengan lancar dan teratur. Selain itu, saya merasakan pelajar-pelajar hari ini lebih memberikan perhatian terutama apabila bengkel menulis diadakan yang mana melibatkan semua pelajar dan mereka saling bekerjasama. Saya berharap agar semua pelajar dapat memahami dan mengingati apa yang telah dipelajari mereka.

Ulasan Pensyarah:




Ulasan Guru Pembimbing:






No comments:

Post a Comment

Rancangan Pengajaran Harian 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN NAMA GURU : Syahira bt Ahmad Zulkifli MATAPELAJARAN : Tauhid Darjah ...