Thursday, August 2, 2018

Rancangan Pengajaran Harian 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 


NAMA GURU
: Syahira bt Ahmad Zulkifli
MATAPELAJARAN
: Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Abu Bakar
TARIKH
: 9 Julai 2018
MASA
: 2.30 – 3.30 petang
BILANGAN MURID
: 21/21
TAJUK
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT:
1.4 Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis
1.5 Qiamuhu Taala Binafsihi
1.6 Al- Wahdaniah.
KEMAHIRAN
: membaca, mendengar, berkomunikasi, menjawab
KAEDAH
: nyanyian, syarahan dan perbualan
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) pelajar telah belajar Allah bersifat Al-Wujud, Al Qidam dan Al- Baqa’
HASIL PEMBELAJARAN
: 1- Pelajar dapat menulis maksud ketiga-tiga sifat wajib bagi Allah yang telah dipelajari
2- Pelajar dapat menyebut maksud ketiga-tiga sifat wajib bagi Allah yang telah dipelajari
KEMAHIRAN BERFIKIR
: menganalisis, membuat perkaitan, menyoal
PENERAPAN NILAI
: taat, patuh, khusyuk , berdisiplin
BAHAN
: video, LCD, pembesar suara, kad imbasan



MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa “ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
Nilai:
- Khusyuk
- Mengamalkan adab belajar
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan video “Alif dan Sofiah”   tajuk 20 Sifat Wajib bagi Allah.
 Guru akan mengemukakan soalan kepada pelajar.
-Guru mempamerkan video pada LCD dan guru meminta perhatian pelajar-pelajar.
-Guru membuat persoalan
“Siapa tahu apa yang akan kita pelajari hari ini?”
 Cadangan jawapan:
      1-Sifat Wajib bagi Allah
      2-Sifat-Sifat Allah
Nilai:
- khusyuk
- fokus
- berdisiplin

BBM:
- pembesar suara
- komputer riba

Kemahiran berfikir:
- membuat perkaitan
- menaakul

Strategi:
-berpusatkan bahan (media)
Langkah 1
(8 minit)
-Mengulangkaji pelajaran yang lepas dan menerangkan maksud Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi, Al-Wahdaniah.
1) “Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis”- Bersalahan dengan yang baharu.
2) “Qiamuhu Taala Binafsihi” – Berdiri dengan sendiri.  
3) “Al- Wahdaniah’”- Allah Esa.
- Memberitahu hukum beriman dengan Sifat Wajib bagi Allah
-Guru mengulangkaji pelajaran lepas yang berkaitan 3 Sifat Wajib bagi Allah kemudian menyambung 3 lagi sifat Wajib bagi Allah
-Guru menerangkan 3 lagi Sifat Wajib bagi Allah.
-Guru menerangkan maksud Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al- Wahdaniah.
-Guru memberitahu kita wajib beriman bahawa Allah bersifat dengan sifat Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al-Wahdaniah

Nilai:
-khusyuk
-fokus
- patuh


Teknik:
-syarahan
- perbualan


Strategi:
-berpusatkan guru
Langkah 2
( 6 minit)
-Penerangan tentang Allah tidak akan menyerupai sesuatu malahan berdiri sendiri dan Allah itu Maha Esa (satu).
-Membuat perbincangan Allah menjadikan manusia berlainan cap jari
- Aktiviti “puzzle” antara perkara kecemasan dan pihak berkuasa yang perlu dihubungi menunjukkan manusia berbeza dengan Allah yang berdiri dengan sendiri.
- Memperdengarkan kesah zaman Nabi Muhammad dulu Arab Jahiliah mempunyai pelbagai Tuhan dan antara nama Tuhan mereka ialah ‘Latta’, ‘Uzza’, ‘Manata’.
-Guru menerangkan Allah bersalahan dengan yang baharu itu bermaksud Allah tidak akan menyerupai sesuatu pun dan tidak kita ketahui bagaimana rupa Allah.
-Guru juga memberikan perbezaan Allah dengan makhluk ialah seperti manusia diketahu rupanya dan manusia memiliki cap jari yang berbeza walaupun dilahirkan kembar
-Guru mengeluarkan soalan “Tahukah kamu Allah itu berdiri dengan sendirinya?” Pertukaran waktu antara siang dan malam adalah bukti Allah SWT sentiasa mengurus Alam
- Guru membuat satu aktivit permainan puzzle
- Guru meminta 5 orang pelajar secara sukarela untuk ke hadapan
- Aktiviti permainan: (cantumkan jenis kecemasan dengan pihak berkuasa)
1- kebakaran : pihak bomba
2- kecurian : pihak polis
3- kemalangan : pihak hospital
4- banjir : pihak bomba
5- kematian : pihak hospital
Guru bercerita kisah zaman Nabi Muhammad dulu Arab Jahiliah mempunyai banyak Tuhan berbeza dengan Agama Islam kita Allah bersifat Al-Wahdaniah iaitu Esa (satu) dan tidak ada duanya.
Nilai:
-berdisiplin
-diam
- khusyuk
- taat

Teknik:
-bercerita
- dialog
- perbincangan
- permainan

Kemahiran berfikir:
-membuat perkaitan
-menyoal
- menganalisis

Strategi:
- Berpusatkan guru
- Berpusatkan murid
(interaksi dua hala)


BBM:
-Permainan “Puzzle” 
Langkah 3
(6 minit)
- Pengulangan pelajaran
*maksud Allah bersifat dengan sifat “Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis”, “Qiamuhu Taala Binafsihi”,“Al-Wahdaniah”
*menyoal dua orang pelajar
*kewajipan beriman bahawa Allah wajib bersifat dengan sifat “Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis”, “Qiamuhu Taala Binafsihi”, “Al- Wahdaniah”.
- Perkaitan dengan kehidupan kini.
- Guru membuat pengulangan berkaitan makna
1) “Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis”- Bersalahan dengan yang baharu.
2) “Qiamuhu Taala Binafsihi” – Berdiri dengan sendiri.  
3) “Al- Wahdaniah’”- Allah Esa.
- Guru meminta 2 orang wakil pelajar untuk menyebut maksud   ketiga-tiga sifat wajib yang dipelajari
- Guru membuat perkaitan bahawa dengan keesaan dan kekuasaan Allah maka terciptanya kita manusia sebaik-baik ciptaan.
Nilai:
-patuh
-berdisiplin
-berani

Kemahiran:
-menjawab
-mendengar
-merumus


Teknik:
-menyoal
-dialog
Penutup
(5 minit)
-Pengukuhan dan merumus
- Memberi latihan
- Guru memberitahu semua pelajar perlu mengingat Sifat Wajib bagi Allah bagi mendekatkan lagi diri mereka dengan Allah
- Guru memberi latihan kepada pelajar
BBM:
-kertas lembaran kerja

Nilai:
- rajin
- taat


Refleksi:

Saya berasa gembira dan bersyukur kerana pembelajaran hari ini berlangsung dengan baik. Malahan pelajar berasa seronok kerana dapat melakukan permainan “puzzle”. Selain itu, fokus yang diberikan oleh para pelajar juga baik disebabkan mereka tertarik mendengar kisah-kisah zaman nabi. Maka saya berharap pengajaran hari ini dapat mereka fahami dan pembelajaran yang diberi dapat diingati. 


Ulasan Pensyarah: 




Ulasan Guru Pembimbing: 





No comments:

Post a Comment

Rancangan Pengajaran Harian 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN NAMA GURU : Syahira bt Ahmad Zulkifli MATAPELAJARAN : Tauhid Darjah ...