RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA GURU
|
: Syahira bt Ahmad Zulkifli
|
MATAPELAJARAN
|
: Tauhid Darjah 2
|
KELAS
|
: 2 Abu Bakar
|
TARIKH
|
: 30 Julai 2018
|
MASA
|
: 2.30 – 3.30 petang
|
BILANGAN MURID
|
: 21/21
|
TAJUK
|
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT:
1.16 Kaunuhu A’liman
1.17 Kaunuhu Hayyan
|
KEMAHIRAN
|
: menulis, mendengar, menghafaz
|
KAEDAH
|
: syarahan, perbincangan, nyanyian
|
PENGETAHUAN SEDIA ADA
|
: 1) Pelajar telah belajar Allah bersifat Al-Wujud, Al Qidam, Al-
Baqa’, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al-
Wahdaniah.
3) Pelajar telah belajar Allah besifat Al-Qudrat, Al-Iradat,
Al-Ilmun, Al-Hayat, Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam
4) Pelajar telah belajar Allah bersifat Kaunuhu Qadiran dan
Kaunuhu Muridan
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
: 1- Pelajar dapat menulis maksud Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu
Hayyan
2- Pelajar dapat menyebut maksud Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu
Hayyan
3- Pelajar dapat menulis kesemua tujuh belas sifat wajib bagi
Allah yang telah dipelajari
|
KEMAHIRAN BERFIKIR
|
: membuat perkaitan, menganalisis, merumus
|
PENERAPAN NILAI
|
: patuh, rajin, berusaha, taat
|
BAHAN
|
: Video, LCD, pembesar suara, kertas lembaran kerja.
|
MASA/ LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa “ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua
pelajar mengaminkan
|
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
|
Set Induksi
(3minit)
|
-Menayangkan video bencana alam Tsunami yang penah berlaku suatu
ketika dahulu
- menimbulkan persoalan
-membuat perkaitan video dengan tajuk belajar
- mengulangkaji sifat yang telah dipelajari
|
-Guru menayangkan video bencana alam
Tsunami yang pernah berlaku suatu ketika dahulu di Malaysia
-Guru bertanya soalan kepada pelajar.
1) Apakah video yang telah ditayangkan tadi?
Cadangan jawapan:
a) bencana Tsunami
-Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini.
1) Apakah kaitan video ini dengan tajuk yang akan diajar?
Cadangan jawapan:
a) Allah Maha Mengetahui
b) Hari Kiamat
|
Nilai:
-fokus
-khusyuk
BBM:
-LCD
-Video
Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
Strategi:
Berpusatkan bahan
|
Langkah 1
(8 minit)
|
Menerangkan maksud Kuanuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan
“Kaunuhu A’liman” – Keadaan Allah yang Mengetahui: Allah sentiasa
dalam keadaan mengetahui segala keadaan makhluknya pada masa lalu, sekarang
dan masa hadapan.
“Kaunuhu Hayyan” – Keadaan Allah yang Maha Hidup: Keadaan Allah
yang Maha hidup dan terus kekal hidup selama-lamanya.
- menayangkan video dan membuat analisis
|
- Guru menerangkan maksud Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan
- Guru mengaitkan dengan video permulaan tadi yang mana kejadian
Tsunami itu semuanya di bawah ilmu Allah, hanya Allah yang mengetahui bila
dan mengapa berlaku bencana di bumi ini.
-Guru menerangkan bahawa kejadian Tsunami itu membuktikan setiap
makhluk dan ciptaan di bumi Allah ini akan mati dan hapus jika Allah
mengkehendakinya dan yang kekal hidup itu hanya Allah SWT.
|
Nilai:
-memberi perhatian
- taat
Teknik:
- syarahan
- bercerita
Kemahiran berfikir:
-menganalisis
-membuat perkaitan
Strategi : Berpusatkan guru
|
Langkah 2
( 6 minit)
|
1) Menerangkan Allah Maha Mengetahui dan Ilmu Allah itu tidak
akan tercapai dengan tahap pemikiran manusia
2) Membuat perbandingan Ilmu Allah mengatasi ilmu manusia
3) Menerangkan tentang Allah bersifat Kaunuhu Hayyan
4) Menerangkan tentang Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan adalah
penekanan bahawa Allah bersifat Al-Ilmun dan Al-Hayat
5) Menekankan tentang hukum beriman dengan sifat Allah
|
-Guru menerangkan Allah mengetahui apa yang tidak diketahui
manusia, yang mana pengetahuan Allah tidak tercapai oleh akal manusia biasa
seperti contoh penciptaan bintang-bintang di langit.
-Guru membandingkan Allah itu Maha Mengetahui mengatasi ilmu
manusia kerana manusia tidak akan mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa
hadapan berbanding Allah kerana semua yang berlaku adalah aturan Allah yang
Maha Mengetahui dan Allah bersifat Kaunuhu Hayyan yang kekal hidup
selama-lamanya dan tidak akan mati.
- Guru menekankan tentang Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan menunjukkan
Allah itu mengetahui dalam keadaan yang sangat mengetahui yang nampak atau
tidak dan keadaan Allah maha hidup yang mana tidak makan dan tidak minum
tetapi kekal hidup dan tidak mati.
- Guru memberitahu kita wajib beriman bahawa Allah bersifat
Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan
|
Nilai:
-khusyuk
-taat
-mendengar
Teknik:
-syarahan
-berdialog
-bercerita
Kemahiran berfikir:
-membuat perkaitan
-menganalisis
-merumus
Strategi:
Berpusatkan guru
|
Langkah 3
(6 minit)
|
Pengulangan pelajaran
-maksud Allah bersifat dengan sifat Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu
Hayyan
- meminta murid membaca sifat Allah dan maksudnya serta menulis
di papan hitam - menyoal pelajar maksud sifat Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu
Hayyan,
|
-Guru membuat pengulangan berkaitan makna Kaunuhu A’liman dan
Kaunuhu Hayyan
-Guru meminta semua pelajar membaca sifat Kaunuhu A’liman dan
Kaunuhu Hayyan berserta maksudnya, kemudian dua orang pelajar diminta
menulis semula maksud dan sifatnya di papan hitam
-Guru menyoal 2 orang pelajar maksud Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu
Hayyan.
|
Nilai:
-berani
-fokus
-taat
Teknik:
-pengulangan
- soal jawab
Strategi:
-Berpusatkan murid
|
Penutup
(5 minit)
|
Pengukuhan dan penilaian dibuat
- mendengarkan nyanyian nasyid kumpulan Rabbani “Apa yang Kau
Tahu?”
- merumuskan melalui nasyid
-memberi latihan daripada kertas lembaran kerja
|
-Guru mendengarkan nasyid kumpulan Rabbani yang bertajuk “Apa
yang Kau Tahu?”
- Guru memberitahu pelajar bahawa setiap yang berlaku adalah
dalam pengetahuan Allah termasuk ajal maut.
-Guru memberi latihan kertas kerja padanan dan lengkapkan
jawapan.
|
Nilai:
-rajin
-taat
BBM:
-Video
-lembaran kerja
|
Refleksi:
Alhamdulilah
bersyukur ke hadrat Illahi kerana kelas pada hari ini berjalan dengan
lancarnya. Para pelajar juga semakin memberi perhatian dan menunggu apa aktivit
yang bakal mereka buat. Saya berharap ilmu yang saya beri dapat mereka fahami
dan mereka ingat sampai bila-bila.
Ulasan Guru Pembimbing:
No comments:
Post a Comment