RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA GURU
|
: Syahira bt Ahmad Zulkifli
|
MATAPELAJARAN
|
: Tauhid Darjah 2
|
KELAS
|
: 2 Abu Bakar
|
TARIKH
|
: 30 Julai 2018
|
MASA
|
: 2.30 – 3.30 petang
|
BILANGAN MURID
|
: 21/21
|
TAJUK
|
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT:
1.14 Kaunuhu Qadiran
1.15 Kaunuhu Muridan
|
KEMAHIRAN
|
: membaca, mendengar, menaakul
|
KAEDAH
|
: syarahan, perbualan, perbincangan
|
PENGETAHUAN SEDIA ADA
|
: 1) Pelajar telah belajar Allah bersifat Al-Wujud, Al Qidam, Al-
Baqa’, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al-
Wahdaniah.
3) Pelajar telah belajar Allah besifat Al-Qudrat, Al-Iradat,
Al-Ilmun, Al-Hayat, Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
: 1- Pelajar dapat menulis maksud Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu
Muridan
2- Pelajar dapat menyebut maksud Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu
Muridan
3- Pelajar dapat menulis kesemua lima belas sifat wajib bagi
Allah yang telah dipelajari
|
KEMAHIRAN BERFIKIR
|
: membuat perkaitan, menganalisis, merumus
|
PENERAPAN NILAI
|
: taat, khusyuk , berdisiplin, teliti
|
BAHAN
|
: Video, LCD, pembesar suara, kertas latihan, poster.
|
MASA/ LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa “ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر
علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua
pelajar mengaminkan
|
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
|
Set Induksi
(3minit)
|
- Menampal poster pemandangan bukit bukau, alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan
-menimbulkan persoalan
-membuat perkaitan
|
-Guru menampal poster pemandangan
bukit-bukau, alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan
-Guru bertanya soalan kepada pelajar.
1) Apa yang dapat kamu lihat dari poster ini?
Cadangan jawapan:
a) alam sekitar
-Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini.
1) Apakah kaitan poster ini dengan tajuk yang akan diajar?
Cadangan jawapan:
a) kekuasaan Allah
b) kebesaran Allah
|
Nilai:
-fokus
-teliti
BBM:
-poster bergambar
Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
- menganalisis
Strategi:
Berpusatkan bahan
|
Langkah 1
(8 minit)
|
Menerangkan maksud Kuanuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan
“Kaunuhu Qadiran” – Keadaan Allah yang Berkuasa: Allah sentiasa
dalam keadaan berkuasa melakukan apa sahaja tindakan yang dikehendakinya.
“Kaunuhu Muridan” – Keadaan yang berkehendak: Allah sentiasa
bersedia melaksanakan kehendaknya dan tidak didorong oleh kuasa lain.
- menayangkan video dan membuat analisis
|
- Guru menerangkan maksud Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan
- Guru menayangkan video satu bencana alam @ rebut petir telah
belaku di Kuala Lumpur baru-baru ini
-Guru menerangkan bahawa kejadian yang berlaku itu adalah dibawah
kekuasaan Allah SWT dan jika Allah berkehendakkan ia berlaku maka akan berlaku
sesuatu perkara itu pada ketika itu juga tidak lambat dan tidak pula cepat.
|
Nilai:
-taat
-khusyuk
Teknik:
- syarahan
- perbincangan
BBM:
-video
-LCD
Kemahiran berfikir:
-menganalisis
-membuat perkaitan
Strategi : Berpusatkan guru
|
Langkah 2
( 6 minit)
|
1) Menerangkan Allah Maha Berkuasa terhadap umat manusia.
2) Membuat perbandingan sifat Kaunuhu Qadiran Allah sifat manusia
yang lemah dan serba kekurangan
3) Menerangkan tentang Allah bersifat Kaunuhu Muridan
4) Menerangkan tentang Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan adalah
penekanan bahawa Allah bersifat Al-Qudrat dan Al-Iradat
5) Menekankan tentang hukum beriman dengan sifat Allah
|
-Guru menerangkan Allah berkuasa dalam memberikan kelebihan
kepada umatnya, Allah yang menambahkan pengetahuan manusia sehingga manusia
boleh menerokai angkasa lepas.
-Guru membandingkan Allah itu berkuasa dan dalam keadaan berkuasa
yang sukar difikirkan oleh akal manusia yang mana kuasa manusia itu adalah
anugerah dari Allah.
- Guru menekankan tentang Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan
menunjukkan Allah itu berkuasa dan dalam keadaan yang berkuasa serta Allah
berkehendak dan dalam keadaan yang berkehendak dan manusia atau makhluk Allah
tidak akan mampu menandingi kuasa dan menolak kehendak Allah
- Guru memberitahu kita wajib beriman bahawa Allah bersifat
Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan
|
Nilai:
-khusyuk
-taat
-mendengar
Teknik:
-syarahan
-berdialog
Kemahiran berfikir:
-membuat perkaitan
-menganalisis
-merumus
Strategi:
Berpusatkan guru
|
Langkah 3
(6 minit)
|
Pengulangan pelajaran
-maksud Allah bersifat dengan sifat Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu
Muridan
- meminta murid membaca sifat Allah dan maksudnya
- menyoal pelajar maksud sifat Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu
Muridan.
|
-Guru membuat pengulangan berkaitan makna Kaunuhu Qadiran dan
Kaunuhu Muridan
-Guru meminta semua pelajar membaca sifat Kaunuhu Qadiran dan
Kaunuhu Muridan beserta maksudnya.
-Guru menyoal 2 orang pelajar maksud Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu
Muridan
|
Nilai:
-berani
-kerjasama
Teknik:
-pengulangan
Strategi:
-Berpusatkan murid
|
Penutup
(5 minit)
|
Pengukuhan dan penilaian dibuat
-memberi latihan daripada buku teks
|
-Guru memberi latihan daripada buku teks
|
Nilai:
-rajin
-patuh
BBM:
Buku teks
|
Refleksi:
Saya
rasa bersyukur kerana semuanya berjalan lancar pada hari ini. Alhamdulilah
semua pelajar dapat memahami dan memberikan kerjasama yang baik kepada saya
tetapi ada sesetengah pelajar kelihatan bosan semasa P&P berjalan. Maka
saya akan memperbaiki kekurangan dalam pengajaran saya hari ini.
Ulasan
Pensyarah
Ulasan Guru
Pembimbing
No comments:
Post a Comment