RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA GURU
|
: Syahira bt Ahmad Zulkifli
|
MATAPELAJARAN
|
: Tauhid Darjah 2
|
KELAS
|
: 2 Abu Bakar
|
TARIKH
|
: 16 Julai 2018
|
MASA
|
: 2.30 – 3.30 petang
|
BILANGAN MURID
|
: 21/21
|
TAJUK
|
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT:
1.9 Al-Ilmun
1.10 Al-Hayat
|
KEMAHIRAN
|
: membaca, menulis, mendengar, menghafaz
|
KAEDAH
|
: bercerita, syarahan, dialog
|
PENGETAHUAN SEDIA ADA
|
: 1) Pelajar telah belajar Allah bersifat Al-Wujud, Al Qidam dan
Al- Baqa’
2) Pelajar telah belajar Allah bersifat Mukhalafatuhu Taala
Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi, Al- Wahdaniah.
3) Pelajar telah belajar Allah besifat Al-Qudrat dan Al-Iradat
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
: 1- Pelajar dapat menulis maksud kedua-dua sifat wajib bagi
Allah
2- Pelajar dapat menyebut maksud kedua-dua sifat wajib bagi Allah
yang telah dipelajari
3- Pelajar dapat menulis kesemua sepuluh sifat wajib bagi Allah
yang telah dipelajari
|
KEMAHIRAN BERFIKIR
|
: membuat perkaitan, menganalisis, merumus
|
PENERAPAN NILAI
|
: taat, rajin, khusyuk , berdisiplin,
|
BAHAN
|
: Video, LCD, pembesar suara, lembaran latihan, kad gambar.
|
MASA/ LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa “ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر
علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua
pelajar mengaminkan
|
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
|
Set Induksi
(3minit)
|
-Menayangkan video kepada pelajar
-Menimbulkan persoalan
-Membuat perkaitan tentang manusia perlu menuntut ilmu sedangkan
Allah Maha Mengetahui sama ada yang telah berlaku, sedan berlaku atau bakal
berlaku
-Mengulangkaji pelajaran
|
-Guru menayangkan video “Ahmad Ammar”
-Guru bertanya kepada pelajar
1) Apa kaitan video tadi dengan tajuk pembelajaran hari ini?
-Cadangan jawapan:
a) menuntut ilmu
b) kematian
2) Apa pengajaran yang kamu dapat dari video tadi?
-Cadangan jawapan:
a) kita kena menuntut ilmu
b) setiap manusia akan mati
- Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini Allah bersifat
Al-Ilmun dan Al-Hayat.
- Guru mengulang kaji 8 sifat wajib bagi Allah
|
Nilai:
-patuh
-khusyuk
-berdisiplin
BBM:
-LCD
-pembesar suara
-komputer riba
Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
- menganalisis
Strategi:
Berpusatkan bahan
Berpusatkan guru
|
Langkah 1
(8 minit)
|
Menerang maksud Al-Ilmun dan Al-Hayat:
“Al-Ilmun” - Mengetahui: Allah Maha Mengetahui semua perkara sama
ada yang terlindung atau yang nyata.
“Al-Hayat” – Hidup: Allah bersifat Maha hidup yang tidak makan
dan minum serta tidak memerlukan pernafasan untuk hidup.
-Menganalisis maklumat melalui kad gambar dan kad perkataan
|
- Guru mempamerkan gambar ‘Al-Quran’ dan disekeliling Al- Quran
guru meletakkan kad perkataan seperti :
1)Sains
2)Matematik
3)Geografi
4)Alam Barzakh
- Guru menerangkan maksud Al-Ilmun dan Al- Hayat Allah
- Guru menceritakan sifat Al-Ilmun Allah ini berbeza dengan
manusia, manusia kena belajar pelbagai perkara untuk menjadi pandai dan sifat Al-Hayat Allah yang mana Allah
tidak memerlukan bantuan untuk hidup tetapi berbeza manusia yang akan mati
tapi tidak diketahu bila.
|
Nilai:
-taat
-fokus
Teknik:
- perbualan
- bercerita
BBM:
-Kad perkataan
-kad gambar
Kemahiran berfikir:
-menganalisis
Strategi : berpusatkan guru
|
Langkah 2
( 6 minit)
|
1)Menerangkan Allah mengetahui sama ada yang telah, sedang dan
akan berlaku
2)Membuat persoalan tentang penciptaan makhluk bagi menggambarkan
sifat Al-ilmun Allah
3)Membuat perbandingan sifat Al-Hayat Allah dengan manusia
4) Memberikan jawapan serta menekankan hukum beriman bahawa Allah
bersifat dengan sifat Al-Ilmun dan Al-Hayat.
|
-Guru menerangkan Allah mengetahui segala sesuatu, ilmu Allah
tiada tandingan dan setiap yan berlaku semuanya dalam ilmu Allah
-Guru bertanya soalan “Bagaimana pula ciptaan manusia?” Apa
kaitan dengan Allah bersifat Maha Mengetahui
- Cadangan jawapan:
Allah menjadikan manusia mempunyai akal bagi membezakan perkara
baik dan buruk yang mana berbeza dengan haiwan yang tidak mempunyai akal. Ini
membuktikan Allah lebih mengetahui setiap apa yang ditakdirkan
- Guru menerangkan perbezaan hayat Allah yang mana Allah Maha
hidup dan tidak akan hilang berbeza dengan manusia kerana nikmat bernafas itu
merupakan pinjaman semetara sahaja.
- Guru memberitahu kita wajib beriman bahawa Allah bersifat
dengan sifat Al-Ilmun dan Al-Hayat.
|
Nilai:
-taat
-patuh
Teknik:
-bercerita
-syarahan
Kemahiran berfikir:
-membuat perkaitan
-menganalisis
|
Langkah 3
(6 minit)
|
Pengulangan pelajaran
-maksud Allah bersifat dengan sifat Al- Ilmun dan Al-Hayat.
- membuat permainan teka silang kata gergasi
|
-Guru membuat pengulangan berkaitan makna Al- Ilmun dan Al-Hayat.
-Guru memanggil 5 orang pelajar ke hadapan untuk mencari
sifat-sifat Allah yang telah dipelajari:
1) Al-Wujud
2) Al-Wahdaniah
3) Al- Qudrat
4) Al-Ilmun
5) Al-Hayat
|
Nilai:
-berani
-taat
Teknik:
-pengulangan
-belajar sambil bermain
BBM:
-Teka silang kata gergasi
Strategi:
-Berpusatkan murid
|
Penutup
(5 minit)
|
Pengukuhan dan penilaian dibuat
-membuat aktiviti di dalam buku teks.
|
-Guru membuat aktiviti di dalam buku teks halaman 32
|
Nilai:
-patuh
-rajin
|
Alhamdulilah pelajaran hari ini
berjalan dengan baik dan lancar. Pelajar semakin menunjukkan minat dalam matapelajaran Tauhid ini terutama
apabila aktiviti permainan dijalankan. Saya berharap kaedah yang saya gunakan
ini membantu pelajar untuk lebih mudah memahami pelajaran mereka. Saya akan
berusaha memperbaiki dan menambahbaik cara pengajaran saya dari semasa ke
semasa.
Ulasan
Pensyarah:
Ulasan Guru
Pembimbing:
No comments:
Post a Comment