Friday, July 20, 2018

Pengenalan

PENGENALAN 

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan satu dokumen rasmi ataupun rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh seorang guru profesional untuk setiap waktu pengajaran sebelum pembelajaran tertentu sama ada pengajaran mikro (15 minit ) atau pengajaran makro ( 30-60 minit) yang mengandungi maklumat tertentu mengikut format tertentu yang telah ditetapkan. 

          Selain dari Rancangan Pengajaran Harian, seorang guru profesional juga perlu menyediakan rancangan tahunan, rancangan mingguan dan juga sukatan pelajaran. Rancangan tahunan ialah satu rancangan yang dibina berdasarkan huraian sukatan pelajaran sepanjang tahun, mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid dan disusun mengikut taqwim sekolah. Manakala, rancangan mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan penggal setiap minggu. Ianya mengikut minggu yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

          Oleh sebab itu, jelaslah bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah mempunyai perancangan yang teliti agar perlaksaan sesuatu kerja itu dapat di lakukan dengan mudah lancar dan teratur.  


No comments:

Post a Comment

Rancangan Pengajaran Harian 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN NAMA GURU : Syahira bt Ahmad Zulkifli MATAPELAJARAN : Tauhid Darjah ...