Friday, July 20, 2018

Penghargaan

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya Syahira bt Ahmad Zulkifli berjaya melaksakan tugas yang diberikan oleh Puan Hajah Maleha bt Lautto di bawah subjek bimbingan beliau iaitu Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam bagi pelajar semester empat Diploma Pendidikan Islam, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). 

          Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Maleha bt Lautto selaku pensyarah bimbingan subjek Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau sama ada semasa sesi perkuliahan atau di luar waktu perkuliahan yang banyak membantu saya dalam menyiapakan blog ini dengan mudah dan mengikut format yang dikehendaki beliau. 

          Seterusnya, tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberikan dorongan, sokongan dan semangat kepada saya dalam menjayakan tugasan ini tidak kira dari segi kata-kata nasihat, pandangan mahupun dari sudut kewangan yang banyak memudahkan saya agar saya selesa dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam berkongsi buah fikiran dan maklumat tambahan  dalam menyelesaikan tugasan ini. 

          Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan blog ini dan saya berharap pelaksanaan tugasan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. 

No comments:

Post a Comment

Rancangan Pengajaran Harian 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN NAMA GURU : Syahira bt Ahmad Zulkifli MATAPELAJARAN : Tauhid Darjah ...